Minggu
1
LATAR BELAKANG UPM
![]() |
UPM pada awal penubuhan |
Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai
sebuah Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Ia dibangunkan di kawasan seluas 22
ekar di Serdang dan menawarkan dua program sahaja pada masa itu; Program
Diploma 3 tahun dan Program Persijilan 1 tahun di dalam bidang pertanian.
Tanggal 23 Jun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej
Pertanian Malaya oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia
seterusnya tercetus apabila Sekolah Pertanian di Serdang ini bergabung dengan
Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd. Rashdan bin Haji Baba, yang
merupakan pengetua Kolej Pertanian Malaya, dilantik sebagai Naib Canselor di
bawah Seksyen 18, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Universiti Pertanian
Malaysia memulakan sesi akademiknya pada 23 Julai 1973 dengan pengambilan
seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga
fakulti pengasas dan satu bahagian asasi iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan
Sains Penternakan, Fakulti Perhutanan, Fakulti Pertanian dan Bahagian Sains
Asasi, yang pada masa itu menekankan bidang perhutanan dan veterinar selaras
dengan dasar dan keperluan Negara. Pada tahun 80-an, UPM mengembangkan bidang
pengajian ke bidang Sains dan Teknologi (S&T). Pada tahun 3 April 1997,
nama Universiti ditukar dari Universiti Pertanian Malaysia ke Universiti Putra
Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad, untuk
menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai
bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada
pembangunan negara di alaf baru ini.