Minggu 14
Hari Terakhir Di Kuala
Pilah
Dua hari telah berlalu dan pada hari Ahad, 15 April 2016
adalah hari terakhir program Siswa@Kampung kami di Kampung Terachi, Kuala
Pilah. Bagi keluarga angkat, ia merupakan satu pertemuan yang amat singkat dan
tidak sempat untuk berkenalan dengan lebih rapat. Oleh sebab itu, mereka
mengharapkan kehadiran kami pada masa yang akan datang agar ikatan yang
terjalin tidak akan putus begitu sahaja.
Aktiviti yang diadakan pada hari terakhir program ialah
bergotong royong bersama penduduk kampung di 3 buah kampung yang berdekatan
iaitu Kampund Padang Lebar, Kampung Terachi dan Kampung Godang. Pelajar dibahagikan
mengikut kampung keluarga angkat masing-masing dan seramai 25 orang pelajar
USIM dan beberapa orang pelajar UPM ke Kampung Orang Asli bagi menyiapkan
lukisan mereka yang telah dilukis.
Tiga anak pokok ditanam di setiap kampung sebagai tanda
kenang-kenangan dan penghargaan kepada penduduk kampung. Anak pokok ditanam
semasa mereka bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan kampung
masing-masing.
Bagi mural pula, walaupun cuaca yang agak panas, ia tidak
meghalang para pelajar untuk menyiapkannya. Semua pelajar berkerjasama dalam
mengecat mural yang telah dilukis supaya kelihatan lebih cantik dan dijadikan
kenangan kepada penduduk kampung orang asli disitu.
MURAL HASIL DARIPADA PELAJAR UPM & USIM |
Setelah selesai gotong-royong dan melukis mural, pelajar
pulang ke rumah keluarga angkat untuk bersihkan diri dan mengemas barang untuk
dibawa pulang ke kolej. Pelajar makan tengah hari di rumah keluarga angkat
masing-masing dan pelbagai hidangan menarik disediakan oleh ibu bapa angkat
memandangkan ia merupakan masakan terakhir yang boleh kami menikmatinya.
Sebelum pulang ke UPM, ceramah pengasingan sampah
diberikan di Balai Raya Kampung Padang Lebar kepada penduduk kampung dan para
pelajar supaya dapat mengamalkannya dengan betul. Hadiah berupakan tshirt
diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan yang diajukan.
Majlis penutupan dan perpisahan diadakan sejurus selepas
ceramah pengasingan tamat. Ucapan diberikan kepada semua oleh pengarah program
Siswa@Kampung, wakil pelajar USIM, pemantau dari pusat kokurikulum dan ketua
kampung Padang Lebar. Saguhati diberikan kepada semua keluarga angkat sebagai
tanda penghargaan dan terima kasih kerana telah melayani kami dengan baik
sepanjang keberadaan kami disana.
Program seperti ini memang perlu diadakan bagi
mengeratkan komuniti penduduk kampung dengan mahasiswa mahasiswi universiti. Ia
dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan dan dapat membentuk masyarakat yang harmoni.
Pengalaman yang didapati sepanjang program diadakan boleh dijadikan sebagai
kenangan yang amat berharga.
No comments:
Post a Comment