Minggu 10
RFL5.0 KOLEJ KEDUA 2016
|
||
Tanpa disedari, semester kedua sesi 2015/2016 sudahpun
sampai minggu ke 10. Pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman yang sukar dicari
telah diadakan dan diperolehi disini. Kolej Kedua merupakan salah satu kolej
yang sangat terkenal dengan pelbagai aktiviti dan program kolej yang pelbagai
dan menarik. Antaranya adalah larian amal Run For Life (RFL5.0). Ia merupakan
satu aktiviti kolej yang sering diadakan saban tahun dan merupakan program yang
wajib disertai oleh semua kolejgiat Kolej Kedua.
RFL5.0
diadakan pada 23 sehingga 24 April 2016 di sekitar kawasan Kolej Kedua.
Terdapat gerai jualan yang dibuka kepada semua pelajar Universiti Putra
Malaysia dan juga mereka dari luar universiti. Pertandingan mural juga diadakan
bagi mengumpul kutipan derma untuk disumbangkan kepada rumah Bakti Nur
Syaheera. RFL pada tahun ini tidak semeriah seperti sebelumnya yang dipenuhi
dengan pelbagai jualan.
Larian
amal diadakan pada pagi 24 April di mana ia melibatkan semua pelajar Universiti
Putra Malaysia dan masyarakat luar yang telah mendaftarkan diri mereka untuk
menyertai larian tersebut. Pelbagai gelagat peserta yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama yang dapat dilihat pada hari tersebut. Terdapat seorang
kanak-kanak yang menyertai larian ini dan juga warga tua yang masih aktif dalam
larian.
Larian ini juga
mendapat liputan daripada wartawan dari TV3 untuk dijadikan santapan di
Malaysia Hari Ini pada keesokan harinya. Mereka menemubual para peserta yang
telah berjaya mendapat tempat dalam larian amal ini.
Program amal seperti
Run For Life ini perlu diadakan bagi memupuk kesepaduan sosial antara pelbagai
kaum di Malaysia. Ia juga dapat membantu dan memberi sumbangan kepada mereka
yang memerlukan. Pelbagai aktiviti perlu diadakan bagi menarik minat para
peserta dan menggalakkan penyertaan daripada masyarakat pelbagai kaum.
No comments:
Post a Comment