Minggu
11
Perjumpaan
Bakti Siswa Kumpulan 1 dan Kumpulan 49
Projek mega kursus kokurikulum berkredit Bakti Siwa iaitu
Siswa@Kampung gabungan kelas Bakti Siswa kumpulan 1 dan kumpulan 49 diadakan di
Kampung Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 13-15 Mei 2016. Pada hari
Sabtu seperti biasa kelas diadakan dan bergabung dengan kumpulan 49 bagi
menerangkan tentang projek mega yang akan diadakan.
Pada hari tersebut, semua pelajar terlibat diberi
penerangan dengan lebih lanjut tentang program yang akan diadakan sempena
projek mega Siswa@Kampung di Kuala Pilah. Kami juga membincangkan tentang tentative
program yang bakal diadakan dan dijayakan.
Selain itu, pengarah program Siswa@Kampung Kuala Pilah
yang dikenali sebagai Baim menerangkan tentang kos perbelanjaan yang diperlukan
untuk menjayakan program ini. Kumpulan kami sangat beruntung kerana telah
mendapat penajaan dari KPDNKK.
Fasilitator kumpulan 1, Encik Firdaus Bin Abdullah
meminta wakil setiap AJK untuk berkongsi kerja yang telah mereka lakukan bagi memastikan
program dapat dijalankan dengan lancer dan tidak akan berlaku masalah yang
tidak diingini.
Kami juga membincangkan tentang agensi-agensi luar yang
perlu dijemput untuk memeriahkan lagi program kami disana seperti pihak Bomba
yang juga merupakan hasrat penduduk kampung agar kami menjemput mereka ke
kampung bagi meriahkan suasana.
TAG PELAJAR SISWA@KAMPUNG |
Kami juga bersama-sama memberi idea untuk malam
kebudayaan dimana ia merupakan salah satu permintaan penduduk kampung terhadap
kami untuk menghiburkan mereka. Pelbagai idea diberikan antaranya adalah
tarian, lakonan dan nyanyian.
Kerjasama antara kedua-dua kumpulan Bakti Siswa sangat penting bagi menjayakan program yang melibatkan penduduk kampung di Kuala Pilah. Walaupun kedua-dua kumpulan saling tidak mengenali antara satu sama lain tetapi ia tidak menghalang kami untuk bersama-sama menjayakan program yang bakal diadakan kerana ia melibatkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kami perlu menjaganya sebaik mungkin agar tidak dipandang rendah oleh masyarakat.

No comments:
Post a Comment