Friday, April 29, 2016

PELAJAR SIHAT DAN CERDAS, UPM CEMERLANG




Minggu 9

PELAJAR SIHAT DAN CERDAS, UPM CEMERLANG

SESI BERGAMBAR SELEPAS MAJLIS PERASMIAN
Pada tanggal 23 April 2016, satu program ‘Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang” telah diadakan di laman Dewan Besar dimana ia melibatkan kesemua pelajar kokurikulum berkredit semester 2 2015/2016. Setiap pelajar yang mengambil kokurikulum berkredit diwajibkan hadir pada program tersebut bagi memeriahkannya.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari program adalah pelajar dimulakan dengan senaman pagi. Senaman dimulakan dengan tarian Zumba. Senaman ini bukan sahaja diikuti oleh para pelajar sahaja malah para pensyarah, dekan dan fasilitator juga terlibat bagi mencerdaskan pagi kami pada hari tersebut.
Selepas selesai sahaja tarian zumba, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM merasmikan program “Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang’. Majlis dirasmi dengan satu gimik yang sangat menarik ala-ala James Bond dengan berlatarkan muzik tema James Bond. Selepas selesai perasmian, Datin  Paduka berkenalan dengan para pelajar dan mengadakan sesi bergambar bersama semua pelajar.
Usai sahaja sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan, para pelajar berpecah mengikut zon masing-masing yang telahpun dibahagikan untuk meneruskan aktiviti program iaitu gotong-royong. Setiap kumpulan kokurikulum, ia dibahagikan kepada beberapa zon yang ditetapkan. Ada beberapa kumpulan yang bukan sahaja membersihkan kawasan zon tersebut malah mereka menanam pokok-pokok bagi mencantikkan lagi kawasan tersebut.
Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11 tengah hari dan pelajar dibekalkan dengan makanan dan minuman. Program seperti ini perlu diadakan bagi memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan juga dapat membantu memupuk perpaduan antara pelajar itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum.

No comments:

Post a Comment