Friday, April 29, 2016

PELAJAR SIHAT DAN CERDAS, UPM CEMERLANG




Minggu 9

PELAJAR SIHAT DAN CERDAS, UPM CEMERLANG

SESI BERGAMBAR SELEPAS MAJLIS PERASMIAN
Pada tanggal 23 April 2016, satu program ‘Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang” telah diadakan di laman Dewan Besar dimana ia melibatkan kesemua pelajar kokurikulum berkredit semester 2 2015/2016. Setiap pelajar yang mengambil kokurikulum berkredit diwajibkan hadir pada program tersebut bagi memeriahkannya.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari program adalah pelajar dimulakan dengan senaman pagi. Senaman dimulakan dengan tarian Zumba. Senaman ini bukan sahaja diikuti oleh para pelajar sahaja malah para pensyarah, dekan dan fasilitator juga terlibat bagi mencerdaskan pagi kami pada hari tersebut.
Selepas selesai sahaja tarian zumba, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM merasmikan program “Pelajar Sihat dan Cerdas, UPM Cemerlang’. Majlis dirasmi dengan satu gimik yang sangat menarik ala-ala James Bond dengan berlatarkan muzik tema James Bond. Selepas selesai perasmian, Datin  Paduka berkenalan dengan para pelajar dan mengadakan sesi bergambar bersama semua pelajar.
Usai sahaja sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan, para pelajar berpecah mengikut zon masing-masing yang telahpun dibahagikan untuk meneruskan aktiviti program iaitu gotong-royong. Setiap kumpulan kokurikulum, ia dibahagikan kepada beberapa zon yang ditetapkan. Ada beberapa kumpulan yang bukan sahaja membersihkan kawasan zon tersebut malah mereka menanam pokok-pokok bagi mencantikkan lagi kawasan tersebut.
Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11 tengah hari dan pelajar dibekalkan dengan makanan dan minuman. Program seperti ini perlu diadakan bagi memupuk semangat kerjasama antara pelajar dan juga dapat membantu memupuk perpaduan antara pelajar itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai kaum.

CEO@FACULTY PROGRAMME BERSAMA TONY FERNANDES




Minggu 8

CEO@FACULTY PROGRAMME BERSAMA TONY FERNANDES


 
            Pada 19 April 2016, program bersama Tan Sri Tony Fernandes, CEO syarikat penerbangan yang terkemuka di Malaysia iaitu AirAsia telah diadakan di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran CEO@FACULTY PROGRAMME. Ia diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman Ceo syarikat itu sebelum mencapai kejayaan yang sangat bermakna bersama pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini bukan saja dihadiri oleh empunya syarikat penerbangan airasia sahaja malah turut menghadirkan diri Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris.
Seramai lebih kurang 4000 pelajar UPM menghadirkan diri di Dewan Besar bagi mendengar pengalaman kejayaan dari Tan Sri Tony Fernandes untuk dijadikan sebagai contoh untuk bergelar sebagai “Chief Executive Company (CEO)” pada masa yang akan datang.
Pengalaman Tan Sri sebelum bergelar seorang jutawan yang mempunyai syarikat penerbangan sangat menarik dan boleh dijadikan sebagai contoh untuk kami para pelajar yang ingin mencapai kejayaan. Bukan perkara yang mudah bagi seorang jutawan berjaya yang telah menggagalkan dirinya dalam subjek-subjek sains kerana tidak mempunyai minat lalu bertukar kepada bidang akauntan untuk menjadi ketua yang menguruskan syarikat penerbangan. Tan Sri Tony pada awalnya merupakan seorang pelajar yang latar belakang sains lalu bertukar kepada bidang akauntan kerana minatnya yang sangat mendalam dan sanggup menggagalkan dirinya jelas menunjukkan kami para pelajar bahawa mereka yang gagal tidak bermakna akan terus gagal dan mereka gagal bukan kerana tidak mampu menjadi seorang yang berjaya.
Tan Sri bukanlah berlatarkan keluarga yang kaya malah beliau hanya seperti manusia lain yang hidup dalam kekurangan dan terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan kampong pada usia kanak-kanaknya untuk membeli keperluan harian dan sekolahnya. Beliau sendiri telah bercerita kepada kami tentang kehidupan kanak-kanaknya tetapi ia tidak menghalang untuk beliau mencapai impianya untuk melanjutkan pelajarannya dengan menaiki kapal terbang. Usaha yang dilakukan bermula dengan sebuah impiannya yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara dan menaiki kapal terbang. Dengan hanya impianya itu, beliau tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Setelah beberapa tahun bekerja di syarikat luar negara, beliau berhenti bekerja dan mengajak rakannya untuk membuka sebuah syarikat penerbangan. Banyak perkara yang terpaksa mereka hadapi memandangkan tiada seorang daripada mereka yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang penerbangan. Beliau dan rakan-rakan berlatar belakangkan muzik.
Dengan hanya bermodalkan RM1 pada awal penubuhan AirAsia, sekarang syarikat penerbangannya itu telahpun berjaya menyaingi syarikat penerbangan yang lain dan dengan harga yang murah yang ditawarkan oleh syarikat tersebut ia dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada pengalaman Tan Sri Tony Fernandes dalam mencapai kejayaan menubuhkan syarikat penerbangan yang semakin dikenali ramai. Antaranya adalah sifat kerjasama bersama rakan seperjuangan, tidak mudah berputus asa dan banyak lagi. Walaupun beliau berpangkat Tan Sri tetapi beliau sangat peramah dan pemurah orangnya. 5 orang pelajar UPM telah mendapat tiket percuma daripada beliau. 2 orang pelajar Master telah mendapat 2 tiket percuma ke Australia dan 3 orang lagi pelajar UPM Ijazah Perakaunan telah mendapat tiket percuma ke Krabi.