Thursday, April 28, 2016

INTER-COLLEGE ENGLISH DRAMA FIESTA V

http://www.upm.edu.my


Minggu 5
INTERCOLLEGE ENGLISH DRAMA


INTER-COLLEGE ENGLISH DRAMA FIESTA V
‘Intercollege English Drama Fiesta V’ merupakan salah satu program yang wajib diadakan setiap tahun . Ia merupakan salah satu tradisi kolej kedua pada setiap semester kedua bagi setiap sesi. Intercollege English Drama ini bukan sahaja melibatkan para pelajar kolej kedua tetapi ia juga melibatkan kolej lain.
            Setiap tahun Kolej Kedua akan menjadi tuan rumah memandangkan ia adalah program kolej kedua. Kebiasaannya, ia akan diadakan di Panggung Percubaan memandangkan ruang disana lebih selesa. Pada tanggal 27 Mac 2016, berlangsungnya ‘Intercollege English Drama Fiesta V’.
            Pada tahun 2016, tema bagi English Drama adalah “fiction”. Kolej Kedua telah memilih untuk mebuat cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki dan perempuan yang bercinta tetapi tidak direstui oleh bapa kepada perempuan tersebut lalu mengorbankan adiknya kepada seorang ahli sihir yang jahat untuk mendapat cintanya kembali.
            Saya terlibat sebagai salah seorang “props team” bagi English Drama pada tahun ini. Banyak pengalaman dan keseronokan yang diperoleh selama hampir sebulan terlibat. Tidak rugi jika ada yang lain berminat untuk menyertai pada masa akan datang.
            Banyak nilai-nilai murni yang bakal kita peroleh jika melibatkan diri dalam aktiviti seperti itu. Antaranya adalah sifat kerjasama dalam pasukan, bantu-membantu dan juga ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kolejgiat. Hal ini juga tanpa sedar akan memupuk kesepaduan sosial antara berlainan kaum.
            Selagi berpeluang, tidak salah untuk kita mencuba pelbagai aktiviti untuk mencari pengalaman yang baru di mana ia juga akan membantu kita pada masa akan datang. Bak kata orang tua, zaman universiti adalah zaman untuk kita belajar pelbagai perkara baru agar dapat dipraktikkan pada zaman kerja nanti.
            English Drama mengambil masa selama hamper sebulan berlatih dan menyiapkan  “prop”. Pada awalnya, kami dipecahka atau dibahagikan kepada kumpulan mengikut babak yang terdapat dalam cerita tersebut. Kami hanya diberikan skrip dan perlu memikirkan apa yang sesuai dan perlu ada dalam babak tersebut dan tanpa sedar ia membantu kita untuk berfikir secara kreatif.
            Selama sebulan juga kami berusaha menyiapkan barang-barang yang diperlukan setiap malam tanpa berasa jemu. Banyak perkara yang kami pelajari sepanjang bengkel menyiapkan alat-alat yang diperlukan. Kami bukan sahaja perlu menyiapkan “prop” sahaja malah kami juga praktis bagaimana untuk masukkan “prop” tersebut semasa tayangan nanti. Ia bukan perkara yang mudah bagi mereka yang baru kerana ia memerlukan kecekapan dan kepantasan kerana kami hanya diberikan masa hanya beberapa saat untuk meletakkan barang tersebut dalam keadaan yang gelap dan tidak boleh ada sebarang bunyi, malah bunyi tapak kaki kita berlari pun tidak boleh. Ia bagi menegelakkan penonton tidak menyedari kehadiran kami.
            Walaupun kolej kami tidak menjadi juara dan tidak memenangi sebarang kategori pada tahun ini, kami merasa gembira kerana telah berjaya menamatkannya dengan jaya. Jika diberi peluang, saya akan terus menjadi salah seorang daripada krew Second Stage Production pada tahun hadapan.


No comments:

Post a Comment