Minggu 7
UPM
TEMPAT KE-38 DUNIA DALAM RANKING ‘QS TOP 50 UNDER 50’
Tahun 2015
merupakan penyertaan pertama kali UPM dalam senarai “QS Top 50 Under 50” tetapi
penyertaan telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan apabila buat pertama
kalinya disenaraikan pada kedudukan ke-38 dalam “QS Top 50 under 50” yang
diumumkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) baru-baru ini. Sebelum ini UPM
mencapai lonjakan kedudukan yang tinggi dalam QS World University Ranking
apabila berjaya memperbaiki ranking daripada 376 pada 2014 kepada 331 pada
2015.
Penilaian universiti dalam QS Top 50 under 50 adalah berdasarkan kepada kriteria yang sama dalam QS World University Rankings (WUR) 2015 iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Ranking tersebut adalah untuk universiti yang ditubuhkan selepas tahun 1965.

“QS Top 50
Under 50” merupakan ranking yang diperkenalkan QS pada tahun 2013 dengan
menyenaraikan 50 universiti terbaik dunia daripada senarai universiti di bawah
usia 50 tahun.
Naib
Canselor UPM pada tahun tersebut, Professor Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata
kejayaan UPM disenaraikan dalam 50 universiti terbaik dalam kelompok universiti
yang berusia di bawah 50 tahun merupakan suatu pencapaian cemerlang.
No comments:
Post a Comment