MINGGU 2
SENARAI FAKULTI DAN KOLEJ DI UPM
Univesiti Putra
Malaysia terdapat 16 buah fakulti dan 17 buah kolej. Antara senarai fakulti
yang terdapat di UPM adalah Fakulti Kejuruteraan (FK), Fakulti Rekabentuk dan
Senibina (FRS), Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP),
Fakulti Perhutanan (FP), Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Fakulti Sains (FS),
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan ( FEP), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
(Food-Tech), Fakulti Bioteknologi dan
Sains Biomolekul, Fakulti Alam Sekitar, Fakulti Pertanian, Fakulti Perubatan
dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan Veterinar dan Fakulti Sains Pertanian
dan Makanan.
Setiap 16 buah
fakulti yang terdapat di UPM, terdapat pelbagai tawaran program yang disediakan
di setiap fakulti. Sebagai contoh, di fakulti saya sekarang, Fakulti Ekologi
Manusia atau lebih dikenali dengan FEM, terdapat 5 program yang ditawarkan
iaitu Bacelor Muzik (BM), Bacelor Sains Pengajian Pengguna (BPG), Pembangunan
Manusia (PM), Bacelor Sains Pembangunan
Manusia dan Pengurusan (PMM) dan Bacelor Sains Pembangunan Manusia dan
Teknologi Maklumat (PMTM). PMM dan PMTM
merupakan program dwiijazah atau ‘double major’ dimana pelajar tersebut akan
mengikuti program di bawah FEM dan juga Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)
bagi program PMM dan Fakulti Saiins Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)
bagi program PMTM.
Senarai kolej di
UPM pula adalah Kolej Muhammad Rashid (KMR), Kolej Kedua (K2), Kolej Canselor (KC),
Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Kolej Kelima (K5), Kolej Keenam (K6), Kolej Sultan
Ahmad Salahuddin Shah (KOSASS), Kolej Tun Perak (KTP), Kolej Pendeta Zaba (KPZ),
Kolej Sepuluh (K10), Kolej Sebelas (K11), Kolej Dua Belas (K12), Kolej Tiga
Belas (K13), Kolej Empat Belas (K14), Kolej Lima Belas (K15), Kolej Enam Belas
(K16), Kolej Tujuh Belas (K17). KMR, K2, KC, KTDI, K5, K6 merupakan kolej
lembah dimana ia merupakan kawasan yang srategik berdekatan dengan fakulti dan
pusat kesihatan universiti. Kolej Sepuluh menempatkan semua pelajar lelaki
manakala Kolej Sebelas menempatkan semua pelajar perempuan bagi fakulti kejuruteraan dan fakulti rekabentuk
dan senibina. K12, K14, K15 dan K16 juga dikenali sebagai kolej serumpun dimana
kolej-kolej tersebut menempatkan pelajar-pelajar daripada Fakulti Pertanian,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan fakulti-fakulti lalin yang berjauhan daripada
kolej mereka. Kolej Tujuh Belas pula menempatkan pelajar-pelajar dari Fakulti
Perubatan Veterinar dan Fakulti Perubatan dan Kesihatan.
No comments:
Post a Comment