Thursday, April 28, 2016

TRAINING OF TRAINERS (TOT)




Minggu 6
TRAINING OF TRAINERS (TOT)

Pada 3 April 2016, saya telah mengikuti satu program yang diadakan oleh pusat koko UPM iaitu Trainiing of Trainers di mana ia melibatkan pelajar-pelajar bakti siswa semester 2 2015/2016 di Bilik Seminar Al-Farabi di Fakulti Ekologi Manusia. Program ini bertujuan unutk melatih kami para pelajar yang bakal mengikuti program Siswa@Kampung pada hujung semester nanti di mana ia adalah satu projek mega yang perlu kami jayakan bagi meluluskan kokurikulum berkredit kami.
Sepanjang program ini berlangsung dari 8 pagi sehingga 5 petang, kami didedahkan dengan pelbagai perkara yang boleh membantu kami untuk menjayakan program Siswa@Kampung yang bakal diadakan nanti. Siswa@Kampung merupakan satu program anak angkat yang kebiasaannya perlu dilakukan oleh setiap pelajar yang mengambil kursus kokurikulum berkredit Bakti Siswa (BAKSIS).
Pada awal pagi, kami diberi tugas untuk menyiapkan “playdough” dan mural KPDNKK. Ia merupakan salah satu aktiviti yang perlu kami lakukan bila berada di kampong ketika berlangsungnya program kami nanti. Setiap kumpulan bakti siswa digabungkan kepada dua untuk meramaikan lagi mereka yang menyertai program nanti.
Pada sesi petang pula, kami didedahkan dengan pengalaman fasi yang telah mengadakan program anak angkat pada sesi lalu. Selepas perkongsian diberikan, kami dikehendaki berada dalam kumpulan gabungan kami untuk sesi pertanyaan dan juga pencerahan bagi program yang bakal kami adakan. Dalam kumpulan kami, kedua dua fasi kami memberikan taklimat dan penerangan tentang program Siswa@Kampung yang bakal kami adakan di Negeri Sembilan nanti.
Dalam kumpulan tersebut juga, kami dipecahkan lagi mengikut jawatankuasa yang telah dibahagikan semasa kelas yang lepas. Setiap jawatankuasa yang ada hendaklah mempunyai ahli daripada kedua dua kumpulan gabungan iaitu Bakti Siswa Kumpulan  dan Bakti Siswa Kumpulan 49. Kami diberikan pencerahan lagi sekali tentang tugas yang perlu kami lakukan.

No comments:

Post a Comment