Minggu 8
Pada
19 April 2016, program bersama Tan Sri Tony Fernandes, CEO syarikat penerbangan
yang terkemuka di Malaysia iaitu AirAsia telah diadakan di Dewan Besar
Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran CEO@FACULTY PROGRAMME. Ia diadakan
bertujuan untuk berkongsi pengalaman Ceo syarikat itu sebelum mencapai kejayaan
yang sangat bermakna bersama pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Program
ini bukan saja dihadiri oleh empunya syarikat penerbangan airasia sahaja malah
turut menghadirkan diri Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan
Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris.
Seramai lebih kurang
4000 pelajar UPM menghadirkan diri di Dewan Besar bagi mendengar pengalaman
kejayaan dari Tan Sri Tony Fernandes untuk dijadikan sebagai contoh untuk
bergelar sebagai “Chief Executive Company (CEO)” pada masa yang akan datang.
Pengalaman Tan Sri
sebelum bergelar seorang jutawan yang mempunyai syarikat penerbangan sangat
menarik dan boleh dijadikan sebagai contoh untuk kami para pelajar yang ingin
mencapai kejayaan. Bukan perkara yang mudah bagi seorang jutawan berjaya yang
telah menggagalkan dirinya dalam subjek-subjek sains kerana tidak mempunyai
minat lalu bertukar kepada bidang akauntan untuk menjadi ketua yang menguruskan
syarikat penerbangan. Tan Sri Tony pada awalnya merupakan seorang pelajar yang
latar belakang sains lalu bertukar kepada bidang akauntan kerana minatnya yang
sangat mendalam dan sanggup menggagalkan dirinya jelas menunjukkan kami para
pelajar bahawa mereka yang gagal tidak bermakna akan terus gagal dan mereka
gagal bukan kerana tidak mampu menjadi seorang yang berjaya.
Tan Sri bukanlah
berlatarkan keluarga yang kaya malah beliau hanya seperti manusia lain yang
hidup dalam kekurangan dan terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan kampong pada
usia kanak-kanaknya untuk membeli keperluan harian dan sekolahnya. Beliau sendiri
telah bercerita kepada kami tentang kehidupan kanak-kanaknya tetapi ia tidak
menghalang untuk beliau mencapai impianya untuk melanjutkan pelajarannya dengan
menaiki kapal terbang. Usaha yang dilakukan bermula dengan sebuah impiannya
yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara dan menaiki kapal terbang. Dengan
hanya impianya itu, beliau tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan
berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Setelah beberapa tahun
bekerja di syarikat luar negara, beliau berhenti bekerja dan mengajak rakannya
untuk membuka sebuah syarikat penerbangan. Banyak perkara yang terpaksa mereka
hadapi memandangkan tiada seorang daripada mereka yang mempunyai pengetahuan
mendalam tentang penerbangan. Beliau dan rakan-rakan berlatar belakangkan
muzik.
Dengan hanya
bermodalkan RM1 pada awal penubuhan AirAsia, sekarang syarikat penerbangannya
itu telahpun berjaya menyaingi syarikat penerbangan yang lain dan dengan harga
yang murah yang ditawarkan oleh syarikat tersebut ia dapat membantu mereka yang
kurang berkemampuan.
Banyak pengajaran yang
boleh diambil daripada pengalaman Tan Sri Tony Fernandes dalam mencapai
kejayaan menubuhkan syarikat penerbangan yang semakin dikenali ramai. Antaranya
adalah sifat kerjasama bersama rakan seperjuangan, tidak mudah berputus asa dan
banyak lagi. Walaupun beliau berpangkat Tan Sri tetapi beliau sangat peramah
dan pemurah orangnya. 5 orang pelajar UPM telah mendapat tiket percuma daripada
beliau. 2 orang pelajar Master telah mendapat 2 tiket percuma ke Australia dan
3 orang lagi pelajar UPM Ijazah Perakaunan telah mendapat tiket percuma ke
Krabi.
No comments:
Post a Comment