Minggu
4
UPM RAIH 17 TERBAIK
DUNIA DAN TERBAIK ASIA RANKING UNIVERSITI UI-GREENMETRIC

UPM yang membuat lonjakan tertinggi pada
tahun 2015 berbanding tempat ke 41 pada tahun sebelumnya turut mencatat sejarah
apabila menduduki ranking pertama Asia berbanding kedudukan keempat tahun
sebelumnya dalam keputusan yang disiarkan pada 22 Januari yang lalu.
Penarafan itu berjaya menarik perhatian
407 universiti daripada 66 buah negara berbanding 360 daripada 62 negara pada
tahun yang lalu. Ranking itu merupakan
satu-satunya ranking yang mengukur komitmen setiap universiti dalam
membangunkan infrastruktur mesra persekitaran.
Penarafan kelestarian alam sekitar itu
mempunyai lebih daripada 40 indikator yang meliputi 6 skop utama iaitu
infrastruktur (15%), tenaga dan perubahan cuaca (21%), sisa buangan (18%), air
(10%), pengangkutan (18%) dan pendidikan (18%). Manakala ranking berdasarkan
indikator ataupun subjek pula, UPM berada pada kedudukan pertama di dunia bagi
infrastruktur dan ranking ke-9 untuk pendidikan.
Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka
Dr. Aini Ideris mengulas bahawa kejayaan itu merupakan komitmen UPM terhadap
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti
pengajaran, penyelidikan, kokurikulum dan sistem pengurusan kualiti berteraskan
pengurusan alam sekitar yang berkesan.
Universiti-universiti dari Amerika
Syarikat dan Eropah mendominasi ranking 16 teratas seperti tempat pertama iaitu
University of Nottingham diikuti oleh University of Connecticut, University of
California, Davis; University College Cork National University of Ireland dan
University of Oxford.
Buat tahun keenam berturut-turut, UPM
mengetuai universiti di Malaysia dalam penarafan tersebut mendahului Universiti
Utara Malaysia pada kedudukan ke 45 dunia (penyertaan pertama), Universiti
Malaya 65 (tahun lalu 72), Universiti Tunku Abdul Rahman 106 (93), Universiti
Kebangsaan Malaysia 110 (118), Universiti Teknologi Malaysia 117 (86) dan
Universiti Malaysia Sabah 173 (244).
No comments:
Post a Comment