Thursday, April 28, 2016

FAMILY DAY KOLEJ KEDUA UPM

http://www.upm.edu.my



Minggu 3
FAMILY DAY KOLEJ KEDUA UPM
JUARA KESELURUHAN FAMILY DAY 2015
 Setiap semester pertama bagi setiap sesi, Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia akan mengadakan program hari keluarga atau lebih terkenal dengan “Family Day”. Program ini berlangsung selama sebulan bertujuan untuk lebih mengeratkan lagi hubungan sesame kolejgiat kolej. Setiap kolejgiat dibahagikan kepada 4 keluarga di mana setiap keluarga telah dipilih dan kolejgiat tidak dibernarkan untuk menukar keluarga mereka yang telah ditetapkan.
            Setiap keluarga dberi masa sebulan untuk membuat latihan di mana pada malam penutupan hari kelurga ini mereka perlu membuat persembahan dikiria, drama tari dan juga busan tercantik. 3 kategori pertandingan ini akan dinilai dan diberikan hadiah bagi mereka yang telah Berjaya menarik hati juri. Sepanjang hari keluarga tersebut, terdapat juga aktiviti sukaneka yang berlangsung pada hari minggu.
            Latihan untuk drama tari dan dikiria diadakan pada waktu malam. Tajuk untuk drama tari telah disediakan dan ditetapkan mengikut nama keluarga.  Sebagai contoh, Family Day pada sesi 2015/2016 , nama keluarga diberikan mengikut kisah hikayat zaman dahulu iaitu Hang Tuah, Bayan Budiman, Malim Deman dan Indera Nata. Setiap keluarga membuat persembahan drama tari mengikut nama keluarga masing-masing.
            Latihan untuk drama tari dan dikiria diadakan pada waktu malam. Tajuk untuk drama tari telah disediakan dan ditetapkan mengikut nama keluarga.  Sebagai contoh, Family Day pada sesi 2015/2016 , nama keluarga diberikan mengikut kisah hikayat zaman dahulu iaitu Hang Tuah, Bayan Budiman, Malim Deman dan Indera Nata. Setiap keluarga membuat persembahan drama tari mengikut nama keluarga masing-masing.
            Bagi dikiria pula, setiap keluarga telah diberikan satu tajuk lagu dan lagi satu lagu hendaklah dipilih oleh keluarga masing-masing dan tidak boleh ada yang sama. Lagu yang diberi adalah lagu wau bulan dan antara lagu yang dipilih oleh antara keluarga masing-masing adalah lagu ‘fire burning’ dan ‘shake it off.
            Bagi busana pula, ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan terpkai dan kitar semula. Selama sebulan, barang dikumpul dan busana bagi mama dan papa keluarga masing-masing dibuat oleh anak-anak busana. Pakaian yang cantik akan dipilih sebagai juara.
Terdapat juga aktiviti sukaneka yang diadakan pada hujung minggu dimana ia melibatkan pertandingan antara keluarga. Pelbagai aktiviti sukan dan sukaneka yang diadakan antaranya adalah sukan futsal, bola tampar dan tarik tali. Sukan dan sukaneka tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment